ads top

Estana Klasik Resources

ESTANA KLASIK RESOURCES adalah merupakan satu perniagaan yang merangkumi 4 teras utama iaitu teknologi maklumat & komunikasi (ICT), kursus latihan dan perundingan, perkhidmatan printing & pengiklanan serta pelancongan dan hartanah. ESTANA KLASIK membekal, membina dan mengedar segala produk berasaskan ICT dan produk-produk inovasi. Dalam bidang latihan & perundingan pula, seminar, karnival dan program motivasi. Bagi bidang pelancongan dan hartanah, skop Estana Klasik merangkumi jualbeli hartanah, pengasuhan & pengurusan pusat peranginan & hotel, pakej pelancongan, lawatan sambil belajar, homestay, eko-pelancongan serta pembekal produk pelancongan.

ESTANA KLASIK RESOURCES dimiliki 100% bumiputera dan ditubuhkan atas dasar mengembangkan syarikat dan menyahut "cabaran" untuk sentiasa berdaya saing dengan syarikat lain dan menyerlah diperingkat global ke arah tranformasi glokal. Dengan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki, Estana Klasik yakin akan sentiasa berkembang maju dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam segala urusan berkaitan syarikat. Dalam mencapai perancangan masa hadapan, Estana Klasik berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan dalam bidang lain seperti kejuruteraan, teknologi dan perdagangan.

Kumpulan Sasaran Estana Klasik adalah terdiri daripada daripada sektor kerajaan, badan-badan berkanun, NGO, sektor swasta dan individu persendirian. Dengan perkhidmatan dan kualiti yang sentiasa memuaskan, Estana Klasik yakin mampu bersaing dengan syarikat lain. Pelanggan adalah aset penting yang harus diambil berat, maka Metaglobe sentiasa bersedia dalam memastikan kepuasan pelanggan adalah ditahap maksima. Dengan adanya kepakaran, pengurusan yang mantap, penambahbaikan yang kerap, serta kredibiliti ahli lembaga pengarah dan seluruh warga kerja syarikat, Estana Klasik amat berpotensi tinggi untuk sama-sama menyahut Cabaran dan bersaing di persada dunia pada masa hadapan.